Sinopsis Cap Manjung

 

C A P    M A N J U N G

Definisi cap dalam kamus Melayu adalah alat utk menurunkan bekas atau kesan tanda (tandatangan, nama, dll) dgn menekankannya di atas kertas (surat dll) juga sebagai tanda yg berupa gambar atau  ciri, sifat (keadaan, watak, dll); dgn demikian kelihatan ~nya keadaannya yg sebenarnya juga tanda jari bekas tekanan jari (utk ganti tandatangan atau utk mengenali orang yg memiliki jari itu.

Kita selusuri catatan sejarah, Daerah/Jajahan Dinding merupakan sebuah daerah yang berada di bawah pemerintahan Negeri-negeri Selat. Istiadat menandatangani perjanjian penyerahan semula Jajahan Dinding kepada Kerajaan Perak telah diadakan pada 16 Februari 1935 bertempat di hadapan Rest House Lumut.

Bersempena dengan peristiwa itu, Jajahan Dinding telah ditukar namanya kepada Iskandar District dan Tanah Merah (Lumut) ditukar namanya kepada Port Iskandar. Sultan Perak pada ketika itu juga telah berkenan melantik Raja Shahriman bin Raja Abdul Hamid sebagai orang Besar Jajahan.

Bagi memperingati peristiwa tersebut Masjid Al-Adli telah dibina (di Bandar Lumut) melambangkan kesyukuran di atas penyerahan Jajahan Dinding kepada Kerajaan Perak. Sehingga tahun 1980an, daerah ini dikenali sebagai Daerah Dinding. Pada 1 Januari 1982, jajahan yang dahulunya dikenali dengan panggilan Dinding ditukar namanya menjadi Daerah Manjung yang merangkumi satu unit pentadbiran yang meliputi mukim Beruas dan Sitiawan.

Begitulah halnya bila digabungkan dengan nama Manjung. Kenapa Manjung? Apa hubungkaitnya dengan pameran CAP MANJUNG? Kita imbas kembali sebuah Institut Teknologi MARA telah dirasmikan penubuhannya pada 1 Januari 1985 oleh YAB Tan Sri Ramli Ngah Talib, Menteri Besar Perak. Kampus Cawangan ini merupakan kampus yang kelapan daripada 12 buah kampus ITM di seluruh negara termasuk kampus induk di Shah Alam.

Penubuhan Kampus ini telah dijalankan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri Perak melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) telah menyewakan beberapa buah rumah kedai serta rumah teres kepada ITM Perak sebagai kampus sementara di Bandar Baru Seri Manjung yang terletak lebih kurang 86km ke Barat Bandaraya Ipoh.

Di awal penubuhannya kampus ini terdiri daripada 6 unit bangunan rumah kedai dua tingkat dan ditambah dari masa ke semasa hingga menjadi 15 unit sebagai pejabat pentadbiran, bilik-bilik kuliah, asrama siswi, perpustakaan, surau, dewan makan dan stor.

Di samping itu sebanyak 31 unit rumah teres setingkat telah disewa sebagai asrama bagi penempatan siswa. Pengambilan pertama seramai 200 orang pelajar iaitu pada Januari 1985 yang mengikuti Kursus Diploma Perakaunan, Diploma Pentadbiran Awam, Diploma Pengajian Perniagaan dan Diploma Sains Kesetiausahaan. Manakala kakitangan perintis pula seramai 21 orang kakitangan akademik dan 45 orang kakitangan bukan akademik.

Bermula batch pertama Art&Design sebagai sebuah fakulti seni lukis dan seni reka pada tahun 1996 terdapat tiga jabatan iaitu Seni Halus, Seni Reka Fesyen dan Seni Seramik.

Cap Manjung bukanlah sekadar produk tetapi ia merupakan ‘proses’ yang terlibat dalam mencipta nama yang unik dan imej untuk produk UiTM Seri Manjung dalam minda penggemar seni visual. Cap Manjung mewujudkan kehadiran yang ketara dan berbeza pada kaca mata yang lebih menarik dan menunjukkan identity tersendiri. Cap Manjung menjadi centerpieces kepada usaha penjenamaan seni yang berkembang mengikut spesifikasi dan daya intelektual dalam mempamer bakat.

 

Nuramani Zainuddin

SMK Dang Anum,

Jalan Jasin, Merlimau, Melaka.

 

 

 

Comments